suria

Ibu Aliff Syukri puji menantu, netizen kesal menegur dilabel ‘haters’

PETALING JAYA: Selepas dikecam netizen gara-gara video tarian yang dianggap keterlaluan dan menjijikkan, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman memuat naik gambar bersama isterinya di Instagram.

Dalam posting terbaharu itu, Aliff Syukri memohon kepada Allah supaya menjadikan dirinya lebih kuat untuk mengharungi ujian menimpanya.

"Saya hanya ingin kata... saya sayang kehidupan saya, isteri dan ibu saya. 

"Walaupun saya ada ramai haters dan masalah di luar...Ya Allah tolong jadikan saya kuat," tulisnya.

Posting terbaharu itu turut mendapat perhatian ibunya, Rozita Ibrahim yang sebelum ini menegur Aliff Syukri tentang perbuatannya menari bersama dua 'wanita' seksi dalam video tersebut.

Kali ini, Rozita atau mesra disapa bonda tampil memuji menantunya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid yang disifatkan sebagai isteri yang baik.

Komen terbaharu Rozita mendapat lebih 500 tanda suka di Instagram.

"Wanita yang baik sebagai isteri merupakan sayap kanan suami. Wanita solehah tak curang, setia jaga harga diri pada suami tu harta termahal yang lelaki nama suami perlukan.

"Mak berterima kasih pada Ida jadi menantu mak. Ida bukan saja taat pada suami... sabar ... ibu yang baik dan inilah pilihan atau hadiah mak pada Kri," katanya.

Malah, pengasas Sendayu Tinggi itu turut berdoa agar anaknya itu kembali ke jalan Allah.

"Janji Kri pada mak akan hentikan semua ni. Allah dengar doa mak. Kri anak baik dan hebat... tak putus-putus doa mak Kri akan kembali pada jalan Allah.

"Macam mak azam nak ubah diri mak. Mak bukan baik tapi mak cabar diri. Kalau mak boleh ubah rezeki mak, kenapa mak tak leh ubah sikap dan banyakkan ilmu Allah untuk mak juga. Mak nak balik tak lama lagi," katanya.

Komen terbaharu Rozita itu sekali lagi menyentuh hati netizen.

Sharkeera13580 berkata:"@rumah.terapi.alam Sedihnya Dato kalau dah ibu yang minta macam ni, saya takkan fikir dua kali dah Dato. Saya akan tinggalkan apa sahaja yg ibu saya pinta.

Atikahabrahman berkata:"@rumah.terapi.alam  Ya Allah,sumpah air mata saya berlinang bila baca ni @bondarozitaibrahim. Buat @aliffsyukriterlajaklaris hargai semasa mereka ada ya Dato.  Bila kita dah kehilangan insan-insan penting dalam hidup baru kita akan rasa sgt² menyesal. Saya dah laluinya, semoga keluarga kamu semua bahagia dan sentiasa dirahmati yang maha esa.

Posting terbaharu Aliff Syukri turut mengundang kecaman netizen.

Meskipun video kontroversi itu sudah dipadamkan, netizen kecewa apabila dilabelkan sebagai haters gara-gara menegur perbuatannya di media sosial.

Abil_baezli3312 berkata:"Syukri jangan buat diri awak macam dibenci. Tak ada hak kami untuk membenci syukri. Cuma kami perlu bersuara agar ugama kita tidak dipijak2 maruahnya. Sebagai seorang yang berpengaruh kamu kena naikkan martabat ugama kita. Harap kamu faham. Kami tiada hak untuk membenci kamu."

Asyilafrancis berkata: "Sebenarnya yang selalu menasihati bukanlah haters. Tapi mereka dihantar oleh Allah untuk selalu mengingatkan kita agar selalu beringat. Hidup kesenangan di dunia ini cuma pinjaman dan hanya sementara saja Dato. Keluarga kita antara orang yang sangat sayang kita. Sebab itu mereka tak pernah penat dan jemu menasihati dan mendoakan kita."

Mynameisjaadato berkata:"Kami bukan benci Dato tapi kami sayang Dato. Kami tak nak apa yang Dato buat tu boleh beri kesan kepada keluarga Dato. Mungkin Dato tak terkesan dengan kata-kata atau nasihat orang ramai terhadap Dato. Tapi tolong la sebelum lakukan sesuatu tu fikir atau bayangkan wajah mak ayah Dato, bayangkan wajah isteri Dato, anak-anak Dato. Semoga hari hari yang mendatang lebih baik buat keluarga Dato... kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Aliff Syukri, netizen

Artikel Lain