Komplot anti Anwar?... itu semua karut! - Wan Azizah

Dr Wan Azizah. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Rabu sekali lagi menegaskan bahawa tidak berlaku sebarang komplot dalam parti PKR untuk menggagalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi perdana menteri kelapan.

Dr Wan Azizah yang juga presiden PKR turut menolak sebarang kemungkinan perbalahan dalam parti tersebut.  

"Wujud komplot? Tiada...itu semua karut," katanya ketika ditanya sama ada wujud sebarang komplot untuk mengagalkan Anwar daripada menjadi perdana menteri.  Beliau ditemui pemberita selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Surau Al-Falah, Taman Cempaka, Pandan di sini. 

Isnin lepas anggota Parlimen Sungai Siput, S. Kesavan mempersoalkan kesetiaan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terhadap Anwar, yang juga ketua umum PKR.

Kesavan berkata, beliau tidak yakin sama ada Azmin benar-benar mahu ketua umum PKR itu dilantik sebagai perdana menteri kelapan berikutan Azmin didakwa tidak menyatakan sokongannya terhadap Anwar, yang telah diumumkan menang tanpa bertanding jawatan presiden PKR dalam pemilihan parti itu, untuk mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sementara itu,  Dr Wan Azizah turut menafikan peraturan baharu PKR yang menghalang calon pemilihan parti itu daripada mengadakan ceramah dan membuat jamuan makan dengan kehadiran lebih 100 orang, hanya ditujukan kepada individu tertentu. 

Beliau menegaskan peraturan itu terpakai untuk semua calon pemilihan parti demi keadilan untuk semua pihak.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan PKR memperkenalkan beberapa peraturan baharu yang ketat untuk calon pemilihan parti itu.  

Pemilihan PKR 2018 akan diadakan 14 September sehingga 13 Oktober depan.

Dalam pada itu, Dr Wan Azizah yang juga anggota Parlimen Pandan meminta rakyat Malaysia supaya bersatu membantu kerajaan untuk terus membangunkan negara.

"Kita (Pakatan Harapan) dah menang. Kita nak mengisi kemenangan dengan kemerdekaan. Kita perlu menjadikan ia kerajaan yang berjaya selepas 61 tahun. Saya meminta semua rakyat Malaysia untuk bersatu dalam memastikan negara bergerak menuju hala yang betul," katanya. - Bernama

Wan Azizah, Anwar Ibrahim

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain