Mohon padam video IG... menjijikkan! - Semasa | mStar

Mohon padam video IG... menjijikkan!

PETALING JAYA: Gara-gara memuatnaik tarian untuk lagu terbaharunya, Semalam Bobo Dimana, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dikecam netizen kerana dianggap tidak menghormati sambutan Aidiladha, Rabu ini.

Ianya turut menarik perhatian bekas pelakon dan personaliti TV, Wardina Safiyyah yang menyifatkan video tarian itu sebagai melampau dan amat meloyakan.

"Di hari-hari paling mulia bagi umat Islam, tersebarnya video begini. Maaf Dato... saya sayangkan Dato dan Datin sekeluarga kerana Allah. Ini sudah melampau. Terlalu bodoh, terlalu over dan amat meloyakan.

"Maafkan saya. Saya tahu Dato kaya. Saya rela tak kaya dari kaya tapi terpaksa buat benda begini. Nauzubillah. Moga Dato dapat refleksi diri dan cari cara memandaikan masyarakat kita bukan sebaliknya. Wallahualam," katanya dalam satu posting di Facebook, Isnin.

Susulan itu, Wardina yang terkenal menerusi sitkom Spanar Jaya memohon Aliff Syukri supaya memadam video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya itu.

"Mohon Dato padam video IG 'perempuan' menggoyangkan dan menayangkan buah dada mereka. Menjijikkan.

Status yang dimuat naik Wardina.

"Saya kalau boleh memang tak nak komen, tapi video ni macam keterlaluan pula rasanya. Ni pun sepuluh kali fikir nak post ke tak. Perlukah saya komen???? Uwaaaaaaa," katanya.

Malah Wardina berkata dia baharu mengetahui bahawa dua individu bersama Aliff Syukri dalam video tarian itu bukan wanita tulen.

"Ok saya baharu tahu mereka bukan wanita!!! Maksud saya, saya pernah melihat perkara-perkara bodoh sebelum ini, tetapi saya fikir dia sudah melampaui batas.

Wardina berkata dia masih boleh terima nyanyian seorang lagi usahawan kosmetik terkemuka, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida tetapi tidak Aliff Syukri.

"Dato tak perlu buat begini Dato... Jangan nyanyi pula nanti ye. Saya masih boleh terima Dato Vida... tapi ini level lain," katanya.

Aliff Syukri memuatnaik video tarian kontroversi itu di Instagram miliknya dua hari lalu.

Lagu Semalam Bobo Dimana merupakan nyanyian penyanyi dangdut kontroversi Indonesia, Lucinta Luna yang berkolaborasi dengan Aliff Syukri dan seorang lagi usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman.

Aliff Syukri bersama dengan Lucinta (tiga dari kiri) dan Sajat semasa rakaman lagu tersebut di Indonesia baru-baru ini.

Video berdurasi 34 saat yang dimuatnaik di Instagram Aliff Syukri dua hari lalu memaparkan, usahawan kosmetik itu bersama dengan Lucinta dan Sajat menyanyi sambil menari mengikut rentak lagu dangdut tersebut.

Namun tarian itu agak keterlaluan apabila Lucinta dan Sajat tampil berpakaian seksi sambil menggoyangkan buah dada mereka.

Malah status jantina Lucinta turut menjadi bualan hangat netizen.

Lucinta mencetuskan kontroversi di Indonesia apabila dia didakwa telah menukar alat kelaminnya.

Malah, penyanyi dari Indonesia itu juga tidak dibenarkan muncul dalam stesen TV di negara itu kerana didakwa sebagai transgender.

Wardina Safiyyah , Aliff Syukri

Artikel Sebelum

Ain tukar fikiran saat akhir - bapa

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain