Mandat CEP berakhir, bincang peranan masa depan dengan PM - Daim - Semasa | mStar

Mandat CEP berakhir, bincang peranan masa depan dengan PM - Daim

KUALA LUMPUR: Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) telah melengkapkan mandat 100 hari dan satu laporan mengandungi cadangannya akan dikemukakan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebaik kembali dari China.

Pengerusinya, Tun Daim Zainuddin berkata hari terakhir CEP berkhidmat adalah pada Ahad ini dan selepas itu semua individu dalam majlis tersebut akan kembali menjalankan tugas masing-masing.

"Setakat yang kami ketahui , kami telah menjalankan tugas kami. Mandat sudah berakhir.

"Termasuk sekretariat, kita semua adalah sukarelawan," kata Daim yang enggan mengulas jika CEP telah dibubarkan atau tidak.

Daim berkata beliau akan bertemu dengan Dr Mahathir untuk mengetahui apa peranan majlis tersebut pada pemikirannya.

Pada Khamis, Dr Mahathir berkata CEP tidak akan dibubarkan walaupun mandatnya sudah berakhir.

Sementara itu, Daim berkata antara cadangannya termasuk langkah-langkah mengukuhkan kebebasan institusi teras Malaysia dan meningkatkan rangka kerja tadbir urus masing-masing dengan matlamat untuk membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang melanda negara.

CEP telah bertemu dengan 350 individu daripada 200 organisasi sejak ia ditubuhkan pada 12 Mei lalu.

CEP , Daim Zainuddin

Artikel Sebelum

Pencabul bersiri ditahan

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

Anwar dijangka menghadap Agong Isnin