suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nilai rampasan milik bekas PM, isteri akan terjawab esok

KUALA LUMPUR: Tanda tanya berkaitan nilai sebenar rampasan barang kemas dan jam tangan mewah dalam baki bagasi dipercayai milik keluarga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dirampas di Pavilion Residences Apartment, di sini, bakal diketahui Rabu.

Melalui jemputan yang dikeluarkan Bukit Aman, sidang media akan dibuat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.

Sidang media di tingkat 36, Menara KPJ itu akan dibuat pada jam 11 pagi.

Terdahulu, difahamkan, proses pengiraan barang kemas itu memakan masa lama kerana ia memerlukan bantuan pakar barang kemas dan jam tangan mewah bagi mengetahui nilai sebenar barang tersebut.

Pada 25 Mei lalu, polis mendedahkan nilai rampasan 35 daripada 72 beg, yang berisi wang tunai termasuk 25 mata wang asing, mencecah RM114 juta.

Polis juga merampas 284 kotak beg berjenama mewah dalam serbuan tersebut.

Rampasan itu, dibuat pada 18 dan 20 Mei, berkaitan siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.-SinarHarian


Amar Singh, Najib, 1MDB

Artikel Lain