Azmin saman blogger Toyol of Selangor - Semasa | mStar

Azmin saman blogger Toyol of Selangor

PUTRAJAYA: Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik blog Toyol of Selangor susulan fitnah yang mendakwa kononnya beliau menyimpan RM300 juta di luar negara.

Setiausaha Akhbarnya, Mohd Hassanal Bolqiah Mohd Yusoff dalam satu kenyataan berkata, Azmin telah meminta pasukan guaman memfailkan permohonan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenal pasti identiti pemilik blog tersebut untuk tindakan susulan.

“Tindakan undang-undang itu bertujuan menghentikan penyebaran fitnah yang secara sengaja berniat jahat untuk menggugat kewibawaan dan integriti Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

“Azmin sangat kecewa dengan sikap media yang melaporkan fitnah jahat tersebut daripada sumber yang sama sekali tidak berwibawa justeru terperangkap dalam gejala ‘gutter politics,” katanya.

Bekas Menteri Besar Selangor itu telah meminta peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pemilik blog Toyol of Selangor dan mana-mana paparan yang mengulangi fitnah dalam blog tersebut di media sosial dan portal.

Pada masa sama, pengendali blog WordPress menggantung sebuah blog, ‘Toyol of Selangor’ yang menyiarkan dakwaan terhadap Azmin.

Semakan di blog berkenaan mendapati satu mesej tertera “dijadikan arkib atau digantung” atas pelanggaran syarat perkhidmatan.

Bagaimanapun, tiada butiran diberikan mengenai sebab penggantungan itu.

Baru-baru ini, blog Toyol of Selangor yang menyenaraikan nombor akaun didakwa milik Azmin di bank luar negara.

Namun, Azmin menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya cubaan untuk merosakkan reputasinya.

 

Azmin Ali , Toyo of Selangor

Artikel Sebelum

Musa Aman ada di UK, nafi larikan diri

Artikel Berikut

Najib, isteri tarik balik saman

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain

Spurs pecat Pochettino!