suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Senarai penuh Kabinet bocor

Senarai penuh Kabinet PH tersebar di media sosial.

PETALING JAYA: Senarai penuh Kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjadi tular di media sosial.

Dalam senarai itu, terdapat 28 kementerian di bawah Kabinet tersebut termasuk beberapa kementerian baharu seperti Kementerian Pembangunan Usahawan.

Senarai nama yang bocor itu mengandungi beberapa kesalahan ejaan pada nama calon menteri dengan perkara "Rahsia" ditulis pada dokumen tersebut.

Beberapa kementerian lain turut diperluaskan atau disatukan seperti Kementerian Pelancongan, Keseniaan dan Kebudayaan dan Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar.

Pada Isnin, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan telah melengkapkan barisan Kabinet kerajaan PH.

Jelas beliau, nama Jemaah Menteri akan diumumkan semasa upacara angkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada 2 Julai depan.

Sebelum ini, 13 menteri Kabinet telah mengangkat sumpah.

Kabinet PH

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ahmad Said hadir ke SPRM

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia