suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jho Low cuba jumpa Tun M?

SHAH ALAM: Ahli perniagaan yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, Low Taek Jho atau Jho Low dikatakan cuba berjumpa dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebaik Pakatan Harapan menang PRU14 lalu.

Memetik laporan sebuah portal berita, sumber berkata, Jho Low menawarkan kerjasama dalam siasatan 1MDB.

“Sebaik Tun Mahathir menjadi perdana menteri, Jho Low mengirim pesanan bahawa dia sanggup bekerjasama dalam kes 1MDB.

"Pesan itu dihantar kepada mereka yang rapat dengan Tun Mahathir. Saya rasa ini yang menyebabkan Jho Low kini secara rasmi dikehendaki pihak berkuasa," katanya.

Baru-baru ini, SPRM telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Jho Low dan Pengarah SRC International, Nik Faizal Ariff Kamil susulan siasatan berkaitan skandal kontroversi itu.

Dalam satu sidang media pada Jumaat, Mahathir mendedahkan pihak berkuasa Malaysia cuba menangkap Jho Low namun Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk mengekstradisi ahli perniagaan itu.

Namun beliau tidak mendedahkan lokasi Jho Low. - Sinar Online

Jho Low, Tun M

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain