suria

Tun M takut, tak akan terima hadiah

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan menerima sebarang cenderahati bagi mempertahankan polisi untuk tidak menerima hadiah yang dilaksanakan kerajaan Pakatan Hariapan (PH) bagi membanteras gejala rasuah daripada terus berleluasa di negara ini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan PH amat serius untuk menangani penyelewengan dalam pentadbiran, termasuk dirinya sendiri sebagai pemimpin negara.

Jelasnya, antara usaha itu adalah penubuhan Pusat Tadbir Urus, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) yang diterajui bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

"Kalau ada sesiapa nak bagi hadiah kepada saya... saya takut kepada Tan Sri (Abu Kassim), saya tak akan terima.

"Tetapi boleh bagi bunga, makanan, boleh bagi buah. Tetapi tak lebih daripada tu, kita tolak semua... kereta dan sebagainya, tak boleh bagi," katanya bagaikan menghidupkan semula slogan Kepimpinan Melalui Teladan apabila secara terbuka menolak penerimaan sebarang hadiah.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat dengan beberapa kementerian untuk membincangkan mengenai bagaimana untuk menangani rasuah di Putrajaya, Jumaat.

Dr Mahathir berkata, pegawai tinggi kerajaan juga diarahkan untuk berbuat perkara yang sama, untuk tidak menerima sebarang hadiah.

"Sesiapa yang memberi hadiah, bukan sahaja si penerima yang bersalah, orang yang memberi hadiah juga bersalah," tambahnya.

Dr Mahathir, Abu Kassim, GIACC

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain