Dr Idris calon MB pilihan PH - Semasa | mStar

Dr Idris calon MB pilihan PH

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok, Dr Idris Ahmad telah mendapat sokongan gabungan parti Pakatan Harapan (PH) bagi mengisi kerusi menteri besar Selangor yang dikosongkan Datuk Seri Azmin Ali.

Wakil rakyat dua penggal berusia 70 tahun itu  dikatakan menjadi calon tunggal PH untuk memikul tanggungjawab bagi mentadbir Selangor.

Menurut sumber, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah menghantar surat kepada istana Selangor awal minggu ini dengan mencadangkan nama pakar sakit puan dan obstetrik itu bagi mengisi jawatan menteri besar.

Setakat ini, PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor telah menyatakan sokongan masing-masing.

Surat sokongan itu telah dihantar ke istana bagi mendapatkan pertimbangan dan perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Pengalaman dalam sektor korporat, selain rekod sebagai wakil rakyat selama dua penggal menjadi antara faktor utama beliau menjadi pilihan untuk mengisi jawatan menteri besar," kata sumber itu seperti laporan Malaysiakini pada Jumaat.

Bagaimanapun, kata sumber itu, hanya PKR yang mencadangkan beberapa nama lain untuk pertimbangan Sultan Selangor.

Antara nama yang disebut-sebut menjadi pilihan kumpulan itu ialah Adun Sungai Tua yang juga exco negeri, Amirudin Shari, serta tokoh akademik yang juga Adun Seri Setia, Dr Shaharuddin Badaruddin.

Pengumuman mengenai nama menteri besar baru untuk Selangor dijangka akan dibuat selepas Aidilfitri yang disambut pada minggu depan.

"Realitinya, nama Dr Idris tidak ditonjolkan, tetapi wakil rakyat lain pula yang digambarkan bakal menduduki kekosongan jawatan itu," kata sumber itu lagi.

Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu adalah doktor pakar obstetrik dan ginekologi di Hospital Pantai, Kuala Lumpur.

Beliau mula terlibat secara aktif dalam gerakan reformasi sejak 1998.

PH , Dr Idris , Selangor

Artikel Sebelum

Tun M takut, tak akan terima hadiah

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain