suria

Musa Aman mungkin tinggalkan negara melalui Brunei

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman mungkin meninggalkan negara ini melalui Brunei, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

"Kami tiada sebarang rekod dia meninggalkan negara ini secara sah dan saya juga menghubungi rakan sejawatan saya di Brunei untuk membantu kami dalam perkara ini," katanya.

Mohamad Fuzi bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Op Selamat 13/2018 bersempena Hari Raya Aidilfitri di Menara TM pada Khamis.

Musa yang kali terakhir dilihat meninggalkan Sabah untuk ke Kuala Lumpur pada 14 Mei lalu mendakwa upacara angkat sumpah Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai ketua menteri tidak mengikut perlembagaan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut meminta beliau hadir bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembelian wakil rakyat selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu.

Musa melalui peguamnya menafikan sebagai intimidasi jenayah dan berkata SPRM bebas menggeledah rumahnya di Kota Kinabalu dan Sandakan.

Lokasi sebenar Musa berada ketika ini masih menjadi tanda tanya walaupun timbul spekulasi beliau berada di luar negara.

Musa Aman

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain