suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KJ cadang Ketua Pembangkang bukan Pengerusi BN

SHAH ALAM: Pengerusi Barisan Nasional (BN) tidak semestinya menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen yang bakal bersidang, 16 Julai depan, kata Khairy Jamaluddin.

Ketua Pemuda Umno itu berkata, sudah tiba masanya tugas antara parti dan wakil rakyat itu dipisahkan.

“Saya mencadangkan agar BN segera memulakan persiapan untuk sidang Parlimen ini dengan langkah pertama iaitu memisahkan tugas antara parti BN dan juga wakil-wakil rakyat BN di Parlimen.

“Pengerusi BN tidak semestinya menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen malah, Pengerusi BN perlu memberi tumpuan kepada usaha menstruktur semula BN,” katanya melalui satu kenyataan di Facebook pada Khamis.

Sebelum ini, nama Khairy disebut-sebut sebagai Ketua Pembangkang dalam Parlimen yang dijadualkan bersidang, bulan depan.

Menurutnya, setelah pemilihan Ketua Pembangkang, Kabinet bayangan perlu dibentuk bagi menyemak dan mengimbangi tugas menteri kerajaan.

“Walaupun tiada peruntukan rasmi untuk mewujudkan Kabinet bayangan, satu pasukan boleh diumum secara tidak rasmi bagi membolehkan rakyat merujuk dengan mudah siapa menteri bayangan bagi menyemak dan mengimbangi tugas menteri kerajaan.

“Sebagai pembangkang, BN juga akan mengusahakan supaya peranan Parlimen diperkukuhkan lagi. Saya akui perkara ini tidak dibuat sepenuhnya pada pentadbiran BN tetapi semangat Malaysia baharu ini menuntut untuk kita semua berubah terutamanya BN,” katanya.

Beliau juga akui sedar BN tidak akan diterima serta-merta sebagai sebuah blok pembangkang berwibawa dan mengalami defisit kepercayaan yang sangat luas dalam kalangan rakyat.

“Sebahagian besar daripada kami juga mengambil tanggungjawab bersama atas segala keputusan yang dibuat oleh kerajaan yang lepas. Ini termasuklah diri saya selaku bekas anggota Jemaah Menteri.

“BN juga wajar menjadi pembangkang yang bertanggungjawab dan tidak hanya ‘membangkang semata-mata kerana kita pembangkang ‘oppose for opposition’s sake’,” katanya. - Sinar Online

Khairy Jamaluddin, BN

Artikel Berikut

Artikel Lain