suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siti Nurhaliza hadir mesyuarat bersama CEP

Siti Nurhaliza.

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin muncul di Menara Ilham pada Khamis bagi mewakili industri seni dan hiburan ke mesyuarat bersama Majlis Penasihat Kerajaan (CEP).

Beliau yang kelihatan anggun berbaju kurung moden warna biru lembut hadir mewakili bidang seni muzik dan persembahan nyanyian.

Turut hadir Jo Kukhatas, Eddin Khoo dan Hassan Muthalib mewakili bidang seni masing-masing serta bekas Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Datuk Kamil Othman.

Ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat itu, Siti Nurhaliza berkata perbincangan pada hari bertujuan memberikan pandangan dan cadangan bagi menaikkan mutu industri negara dan ia mendapat reaksi positif anggota CEP.

“Perbincangan sangat positif dan mereka mendengar dengan begitu baik sekali mengenai apa yang saya dan juga rakan-rakan yang lain suarakan.

“Alhamdulillah... saya harap semuanya diterima, bukan untuk kepentingan diri sendiri tapi untuk industri,” katanya.

Menurut Siti Nurhaliza beliau akan menyediakan kertas cadangan untuk dikemukakan kepada majlis dalam waktu terdekat. - BERNAMA

Siti Nurhaliza, CEP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain