suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Apandi Ali letak jawatan dalam Tabung Haji

KUALA LUMPUR: Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengemukakan surat peletakan jawatan sebagai pengarah Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) pada 4 Jun.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan agensi itu, Datuk Rosni Sohar juga berbuat demikian pada 23 Mei lalu.

Bekas peguam negara itu adalah pengarah Tabung Haji sejak Januari 2016, manakala Rosni dilantik sebagai ahli lembaga pengarah sejak Februari 2014.

Turut sama meletak jawatan sebagai pengerusi adalah Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Abdul Azeez berkata, surat peletakan jawatannya dikemukakan kepada Jabatan Perundangan Tabung Haji pada 14 Mei lalu.

Tabung Haji juga mengumumkan bekas Setiausaha Agung Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah bukan lagi ahli lembaga pengarahnya.

Apandi Ali, Tabung Haji

Artikel Sebelum

Artikel Lain