suria

Papagomo tanding Pemuda Umno, nak bantu KJ!

Papagomo membuat pengumuman untuk bertanding dalam barisan kepimpinan Pemuda Umno. Foto Instagram sir_azri_official

PETALING JAYA: Penulis blog, Papagomo menawarkan diri untuk bertanding dalam barisan kepimpinan Pemuda Umno pada pemilihan parti akan datang.

Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, 35, mengumumkan perkara tersebut di laman sosial Instagram miliknya pada Selasa malam.

“Saya dengan ini menawarkan diri bagi jawatan Exco Pergerakan Pemuda Umno pada pemilihan Umno bagi penggal 2018-2021.

“Dengan penuh rendah diri, saya memohon sokongan dari semua ahli Umno untuk memberikan saya peluang dalam berkhidmat dan bangkit bersama barisan kepimpinan Pemuda Umno,” katanya.

Mengenai keputusannya untuk bertanding, Papagomo berkata, dia mahu membantu Umno dalam meraih kepercayaan, keyakinan dan sokongan rakyat terhadap parti itu.

“Soal siapa Ketua Pemuda kelak adalah terserah kepada perwakilan. Tetapi untuk kita memenangi hati rakyat kelak adalah tugas berat yang KJ (panggilan Khairy) terpaksa pikul.

“Dan aku mahu membantu KJ dalam memastikan rakyat kembali menyokong Umno dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” tambahnya.

Papagomo merupakan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Wangsa Maju dari 2013 hingga 2018 dan Presiden NGO Malaysia Bumiputra Brotherhood dari 2014 sehingga kini.

Khairy mengesahkan akan bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti 30 Jun ini.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain