suria

Tun M bukan sindir KJ, tapi...

Dr Mahathir (kiri) dan Khairy.

SHAH ALAM: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempertahankan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Khairy Jamaluddin layak menjadi Presiden Umno.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M sindir saya - KJ

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya rasa Khairy calon terbaik..." - Tun M

Syed Saddiq berkata, kenyataan Pengerusi PPBM itu bukan sindiran sebaliknya cabaran kepada Khairy untuk bertanding jawatan tertinggi Umno tersebut.

“Secara jujurnya saya rasa itu bukan sindiran kerana saya tengok video kenyataan Tun itu. Saya tahu kalau beliau sindir, cara cakap dan senyum pun lain.

“Saya rasa itu cabaran kepada Khairy. Kalau beliau nak terima atau tidak, itu hak beliau,” katanya kepada Sinar Harian, Selasa.

Sebelum ini, Mahathir menamakan Khairy sebagai calon layak menjawat jawatan Presiden Umno berikutan keadaan terkini parti itu yang dalam keadaan kucar-kacir.

Bagaimanapun, Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno menganggap Mahathir hanya menyindirnya.

Syed Saddiq berkata, beliau sendiri turut berpandangan Khairy sepatutnya sudah lama bertanding jawatan Presiden Umno. - Sinar Harian

Artikel Lain