Jenazah bonda Sultan Johor dimakam hari ini

Foto Facebook Johor Southern Tigers

JOHOR BAHRU: Jenazah bonda Sultan Johor, Almarhumah Yang Amat Mulia Enche' Besar Hajah Khalsom Abdullah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), Selasa malam, untuk dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini, Rabu.

Jenazah Almarhumah Hajah Khalsom tiba dari London di Hangar Diraja LTAS pada kira-kira 11 malam dengan menaiki pesawat peribadi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Ketibaan jenazah disambut Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, kerabat damping, Jumaah Majlis Diraja Johor, Menteri Besar Datuk Osman Sapian serta barisan Exco kerajaan negeri.

Jenazah kemudian diiring ke Istana Besar menggunakan ambulans peribadi Sultan Johor dan tiba di istana berkenaan pada kira-kira 11.45 malam untuk disemayamkan.

Istiadat Pemakaman Almarhumah, esok, diadakan separuh istiadat kemangkatan diraja dan jenazah akan ditarik oleh sebuah pedati khas membabitkan 40 Askar Timbalan Setia Negeri Johor dari Istana Besar sejauh 2.8 kilometer ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah.

Jenazah Almarhumah akan dimakamkan sebaris dengan makam cucunda baginda, Almarhum Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim yang mangkat akibat kanser pada 5 Disember 2015.

Hajah Khalsom, 83, atau nama asalnya, Josephine Ruby Trevorrow dilahirkan pada 2 Disember 1935 di Cornwall, England.

Almarhumah yang mangkat pada pukul 7.55 malam (waktu London) di Hospital King Edward VII, London, 1 Jun lepas dikurniakan tiga puteri serta seorang putera iaitu Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah, Tunku Besar Zabedah Aminah Maimunah Iskandariah, Sultan Ibrahim dan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hasil perkahwinan bersama Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail. 

Hajah Khalsom Abdullah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tun M bukan sindir KJ, tapi...

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain