suria

Nor Shamsiah mungkin ambil alih tugas Gabenor Bank Negara

Gambar fail: (Dari kiri) Muhammad Ibrahim, Zeti and Nor Shamsiah dalam satu sidang media pada tahun Mei 2015.

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, dijangka akan menggantikan Tan Sri Muhammad Ibrahim yang dilapor akan meletak jawatannya.

Nor Shamsiah terlibat dalam dasar untuk mengukuhkan sistem perbankan semasa krisis kewangan Asia dan dalam pembangunan peraturan dan garis panduan bagi sektor kewangan.

Beliau juga pernah membantu merumuskan pelan induk sepuluh tahun sektor kewangan menjelang 2010.

Nor Shamsiah meninggalkan bank pusat pada November 2016, tujuh bulan selepas Tan Sri Zeti Akhar Aziz menyelesaikan tugasnya sebagai gabenor pada April tahun itu, untuk menyertai Tabung Kewangan Antarabangsa.

Awal bulan ini, Menteri Kewangan yang baharu dilantik iaitu Lim Guan Eng Lim berkata pentadbiran sebelumya, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan wang yang diperoleh daripada penjualan tanah kepada Bank Negara - bernilai kira-kira US$520 juta - untuk membayar beberapa hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada masa itu, Bank Negara berkata pembelian itu diurusniagakan pada nilai saksama dan mematuhi semua keperluan tadbir urus dan undang-undang yang berkaitan.

Bank pusat enggan memberi komen mengenai laporan peletakan jawatan Muhammad, tetapi media membuat spekulasi bahawa kedudukan beliau tidak lama dan dalam perbincangan.

Reuters melaporkan bahawa peletakan jawatannya bakal diumumkan seawal esok (6 Jun), menurut dua orang yang mengikuti perbincangan tersebut.

Artikel Lain