suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siasatan CBI: AirAsia, Fernandes akan beri kerjasama penuh

KUALA LUMPUR: AirAsia Group Bhd hari ini berkata syarikat itu dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tony Fernandes akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa India dalam siasatan yang dijalankan oleh mereka.

Bagaimanapun, setakat hari ini baik kumpulan itu mahu pun Fernandes menerusi kapasiti peribadinya, ada menerima sebarang notis untuk tampil di Biro Penyiasatan Pusat India (CBI).

“Jika dan apabila menerima notis itu menerusi saluran rasmi sebagaimana mengikut kedaulatan undang-undang Malaysia, kita akan mematuhinya mengikut proses dan ketetapan undang-undang ,” kata AirAsia dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut laporan media, Fernandes telah diarah untuk hadir di CBI pada 6 Jun ini bagi tujuan soal siasat.

Laporan itu yang memetik sumber mendakwa ini berkaitan dengan kelulusan diberikan oleh Lembaga Penggalakan Pelaburan Asing kepada syarikat yang melabur dalam AirAsia India.

Baru-baru ini, CBI menamakan Fernandes, syarikat penerbangan itu dan beberapa yang lain dalam aduan membabitkan dakwaan mereka melobi pegawai India untuk mendapatkan lesen penerbangan.-Bernama

AirAsia, Tony Fernandes, CBI

Artikel Berikut

SPRM serbu DBKL

Artikel Lain