suria

Lagi dipotong 10 peratus, MP pembangkang dapat RM100,000

Dr Mahathir.

PUTRAJAYA: Selepas pemotongan gaji asas jemaah menteri sebanyak 10 peratus, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan satu lagi pemotongan sebagai salah satu langkah mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Gaji menteri dipotong 10 peratus - PM

Perdana Menteri berkata, pemotongan tersebut membabitkan elaun keraian semua penjawat awam berpangkat Jusa A dan ke atas berkuat kuasa Julai ini.

"Elaun keraian penjawat awam berpangkat Jusa A dan ke atas akan dipotong 10 peratus sebagai langkah penjimatan kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Perdana Putra di sini, Rabu.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, kerajaan akan terus melaksanakan pelbagai usaha untuk mengurangkan kos pentadbiran.

Perdana Menteri turut memberitahu, semua ahli Parlimen daripada Kerajaan akan diberikan peruntukan sebanyak RM500,000 dan RM200,000 untuk Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen. 

Mengenai Ahli Parlimen pembangkang, Dr Mahathir pula berkata, mereka akan mendapat peruntukan RM100,000.

Beliau menambah, semua peruntukan tersebut disalurkan sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Pada 23 Mei lalu, Dr Mahathir mengumumkan gaji jemaah menteri dipotong sebanyak 10 peratus, hasil mesyuarat pertama Kabinet kerajaan Pakatan Harapan.

"Ini menunjukkan kita prihatin kepada masalah kewangan negara. 

"Kita tidak bercadang untuk menaikkan gaji menteri-menteri. Kita akan kurangkan sebanyak 10 peratus," katanya.

Dr Mahathir Mohamad

Artikel Lain