suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pasaraya sertu troli selepas pelanggan letak anjing

TINDAKAN seorang pelanggan di sebuah pasaraya meletakkan anjing peliharaannya di dalam troli mencetuskan kemarahan pengguna Muslim.

Dalam satu posting yang dimuat naik oleh Izani Imani di Facebook, kejadian dikatakan berlaku pada petang Isnin di pasaraya TF Value-Mart, Bentong.

-foto TF Value-Mart

Dalam gambar tersebut yang kini tular, seekor anjing dilihat sedang duduk di dalam troli membeli-belah di bahagian makanan.

Bagaimanapun tuan anjing itu atau pelanggan yang menggunakan troli berkenaan tidak kelihatan dalam gambar.

Susulan kejadian ini TF Value-Mart telah mengeluarkan satu kenyataan pada Selasa, menegaskan bahawa binatang peliharaan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam premisnya.

-foto TF Value-Mart

"Pihak TF Value-Mart amat kesal dengan kejadian anjing peliharaan milik salah seorang pelanggan kami yang dirakam di dalam troli milik kami pada hari semalam.

"Kami ingin menjelaskan bahawa TF Value-Mart tidak membenarkan binatang peliharaan untuk dibawa masuk ke dalam premis kami," menurut kenyataan tersebut.

Sebagai langkah seterusnya, pasaraya ini bersama Ahli Jawatankuasa Masjid Sultan Ahmad Shah Bentong dan Pejabat Agama Islam Daerah Bentong telah melakukan proses pembersihan (sertu) pada pagi Selasa untuk memastikan semua troli bersih dan suci untuk digunakan oleh pengguna.

samak, anjing

Artikel Lain