suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bantuan khas Aidilfitri RM1,000 untuk penjawat awam Melaka

Adly Zahari. Foto Bernama

ALOR GAJAH: Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan bantuan khas Hari Raya Aidilfitri RM1,000 buat penjawat awam kerajaan negeri ini.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, bantuan itu diharap dapat membantu persiapan penjawat awam negeri ini menyambut perayaan tersebut.

"Kerajaan negeri faham penjawat awam hendak sambut Hari Raya maka kita umum RM1,000 (bantuan khas Hari Raya Aidilfitri) dibayar sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri 15 Jun ini," katanya ketika berucap pada Majlis Moreh bersama rakyat di sini, Selasa malam.

Mengikut rekod, Melaka mempunyai 4,408 kakitangan awam tetap, 2,874 berstatus kontrak dan 121 secara sambilan.

Sementara itu, Adly berkata, beliau membuat keputusan untuk tidak tinggal di kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka di Seri Bendahara, Ayer Keroh sebaliknya akan tinggal di rumah kerajaan di Peringgit di sini.

"Sejak dibuka kepada orang ramai, sekitar 10,000 orang datang berkunjung termasuk pelancong dari China. Jadi kita mahu lihat Seri Bendahara ini dapat buat sesuatu untuk rakyat, lihat sama ada boleh jana pendapatan untuk kerajaan negeri mungkin sebagai produk pelancongan," katanya. - Bernama

Adly Zahari

Artikel Berikut

Artikel Lain