suria

Empat maut, dua parah kereta terbabas di LPT1

KUANTAN: Empat maut, manakala dua lagi cedera parah apabila kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Km161, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), berhampiran Hentian Rehat dan Rawar (R and R) Maran, dekat sini, pagi Ahad.

Timbalan Pengarah Bomba Pahang, Mohd Sani Harul berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 8.49 pagi dan sebaik tiba di tempat kejadian mendapati kesemua mangsa tersepit di dalam kenderaan akibat rempuhan kuat ke pembahagi jalan.

“Empat daripada mangsa didapati  telah meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi mangsa mengalami cedera parah. Bomba terpaksa mengambil selama sejam sebelum berjaya mengeluarkan semua mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, Ahad.

Bagaimanapun, Mohd Sani berkata identiti kesemua mangsa masih belum diperolehi.

Menurutnya mayat keempat-empat mangsa  dihantar ke Hospital Jengka untuk dibedah siasat, manakala dua mangsa yang cedera dihantar Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh untuk rawatan.

Beliau berkata kesemua mangsa dipercayai dalam perjalanan  dari arah Kuala Lumpur menuju ke Kemaman, Terengganu ketika kemalangan itu berlaku.-- Bernama 


LPT, Myvi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain