Anak gadis rakyat Malaysia finalis ratu cantik NZ - Semasa | mStar

Anak gadis rakyat Malaysia finalis ratu cantik NZ

PETALING JAYA: Siapa sangka, gadis berhijab berdarah campuran Malaysia-Indonesia mencatat sejarah apabila tersenarai antara 20 finalis Ratu Universe New Zealand 2018.

Menerusi Instagram, Nurul Shamsul berkata, sebagai wanita bertudung, beliau adalah yang pertama di negara itu untuk sampai ke peringkat akhir, malahan juga perintis di tahap global.

"Peluang seumpama ini diharap dapat memecah sebarang halangan dan stereotaip, malahan ia juga diharap dapat mendefinasikan semula erti kecantikan sebenar," katanya.

Beberapa posting lain, Nurul berkata, sebagai umat Islam, dia masih mengutamakan kepercayaan walaupun menyertai pertandingan ratu cantik itu.

"Saya berdoa supaya peluang ini sesuatu yang baik untuk diri saya dan agama. Saya mohon ia berlaku, tetapi jika tidak saya minta Tuhan menjauhkan diri saya daripadanya," katanya.

Mengenai latar belakangnya, Nurul berkata, ibunya berasal dari Indonesia, manakala bapanya rakyat Malaysia.

Katanya, ketika ini dia masih menuntut di Universiti Waikato dalam bidang psikologi dengan minor dalam dasar sosial.

"Saya ingin sekali membantu masyarakat untuk berjaya dan memberi ruang kepada individu bagi menjamin masa depan," katanya.

Nurul bagaimanapun bukan wanita Islam pertama yang berhijab yang menyertai pertandingan sedemikian.

Sebelum ini, warga Somali-British, Muna Jamal dan Somali-Amerika, Halima Aden juga menyertai Ratu Universe Great Britain dan Ratu Cantik Minnesota Amerika Syarikat.

Peringkat akhir Ratu Universe New Zealand 2018 akan diadakan pada 4 Ogos ini.

Setakat ini, cubaan untuk menghubungi Nurul masih belum berhasil.

Nurul , New Zealand

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain