suria

Tabung THM: Dua hari kutip RM18.6 juta

PETALING JAYA: Tabung Harapan Malaysia (THM) kini mencecah RM18.6 juta dalam tempoh dua hari pelancarannya pada Rabu lalu.

Kementerian Kewangan mengumumkan di Twitter telah mengumpul RM18,608,926.36 sehingga pukul 3 petang Jumaat (1 Jun).

Pada hari Khamis (31 Mei), Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendedahkan bahawa rakyat Malaysia telah menyumbang RM7 juta dalam tempoh 24 jam dari pelancaran dana amanah tersebut.

Beliau berkata bahawa ia satu cara bagi rakyat Malaysia untuk menunjukkan mereka adalah sehati, sejiwa, seraga dengan negara.

Dana THM ditubuhkan selepas  rakyat Malaysia menyatakan hasrat untuk menderma bagi membantu mengurangkan hutang negara, yang sebelum ini Guan Eng telah  melaporkan hutang lebih daripada RM1 trilion.

Semua wang yang disumbangkan boleh ditolak cukai dan rakyat Malaysia dinasihatkan untuk menyimpan resit mereka.

Orang ramai diminta untuk berhati-hati dengan poster tiruan, yang kelihatan seperti poster rasmi THM, tetapi dengan nombor akaun palsu.

Nombor akaun rasmi untuk dana amanah adalah 5660 1062 6452.

Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA,  melalui Yayasan Amal, akan mendermakan RM200,000 kepada THM.

Sementara itu, Malindo Air akan menyumbang RM1 daripada setiap jualan tiket penerbangan kepada dana itu.

Dalam satu kenyataan akhbar, Guan Eng  berkata beliau terharu oleh kebaikan rakyat Malaysia yang telah menyalurkan wang tanpa henti kepada THM.

"Sememangnya, rakyat Malaysia telah mengambil patriotisme mereka ke tahap yang lebih tinggi, bersedia untuk menyumbang  wang tunai mereka untuk membantu membina semula negara ini yang kita cintai."

Tabung Harapan Malaysia, THM

Artikel Sebelum

Artikel Lain