suria

TH sahkan Azeez serah surat letak jawatan

Abdul Azeez Abdul Rahim.

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim meletakkan jawatan sebagai Pengerusi TH.

TH dalam satu kenyataan pada Khamis memberitahu, pihaknya menerima surat perletakan jawatan itu pada 23 Mei 2018.

"Lembaga Tabung Haji mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim di atas perkhidmatan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan Pengerusi TH," katanya.

Abdul Azeez dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH pada 2011, dan kemudian dilantik menjadi pengerusi TH pada 1 Julai 2013.

ARTIKEL BERKAITAN: Azeez letak jawatan pengerusi Tabung Haji

Terdahulu, Abdul Azeez berkata, surat peletakan jawatan itu dihantar ke jabatan perundangan lembaga tersebut.

Kontraknya sepatutnya tamat pada Julai tahun depan.

Menurut Abdul Azeez, beliau menghormati keputusan kerajaan Pakatan Harapan bahawa tiada ahli politik dibenarkan memegang jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan, termasuk Tabung Haji.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain