suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Justo hadir di ibu pejabat SPRM

PUTRAJAYA: Bekas Eksekutif PetroSaudi, Xavier Andre Justo tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi Khamis.

Warga Switzerland itu dilihat berada di bangunan itu kira-kira pukul 9 pagi di mana dia dipercayai bertemu dengan Pasukan Petugas Khas 1MDB.

Terdahulu, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim yang mengetuai pasukan khas itu berkata mereka akan bertemu dengan Justo bagi membantu siasatan kes 1MDB.

Selain Abu Kassim, pasukan itu turut diketuai bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Shukri Abdull dan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador.

Justo merupakan pemberi maklumat berhubung kes 1MDB.

Xavier Andre Justo, 1MDB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain