Percutian ke Turki habuan beli-belah di CJ Wow Shop

PETALING JAYA: Rangkaian beli-belah dari rumah, CJ Wow Shop tampil dengan tawaran produk baharu bagi melengkapkan Ramadan dan hari lebaran anda tahun ini.

Menerusi siaran mereka di TV9, TV3, 8TV dan NTV7, bermula 11 Mei sehingga 24 Jun ini, lebih 70 produk baharu diperkenalkan kepada penonton.

Ia merangkumi peralatan dapur, fesyen, kecantikan, kelengkapan rumah, hiasan dalaman dan sebagainya.

Antara koleksi baharu yang menanti pembeli ialah Al-Mukarramah oleh Haqqi Muslim Wear, Ariani X Wow Muslimah Fashion dan Classe Raya Karpet.

CJ Wow Shop menerusi 'Cuti Raya Wow' juga akan memberi ganjaran percutian sembilan hari tujuh malam ke Turki  yang bernilai RM28,000 bagi setiap keluarga untuk dua pememang.

Ganjaran ini terbuka kepada mereka yang membuat pembelian tertinggi di rangkaian beli belah berkenaan.

Sementara itu, antara siaran langsung CJ Wow Shop yang akan disiarkan sempena Ramadan dan Aidilfitri ialah Minggu Masak-Masak pada 11 Mei hingga 13 Mei ini, Minggu Va-Va-Vaomm (14 Mei hingga 20 Mei) dan Minggu Rumah Tip Top (21 Mei hingga 27 Mei).

Ia diikuti Minggu Jalan-Jalan (28 Mei hingga 3 Jun), Minggu Rembat Cepat (4 Jun hingga 10 Jun) dan Minggu Melaram Sakan (18 Jun hingga 24 Jun).

Selain siaran televisyen, rangkaian beli belah inovatif itu juga boleh ditonton menerusi platform mudah alih dan atas talian.

Pelanggan boleh membuat panggilan ke talian bebas tol 1-800-18-0808 atau melayari laman sesawang http://cjwowshop.com.my untuk membeli sebarang produk yang dipaparkan.

Untuk lebih mudah, gunakan aplikasi mudah alih CJ Wow Shop yang boleh dimuat turun melalui Android dan iOS.






Ramadan, Aidilfitri, CJ Wow Shop

Artikel Sebelum

Najib disoal siasat lagi hari ini

Artikel Berikut

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain