suria

Najib disoal siasat lagi hari ini

KUALA LUMPUR: Puluhan pengamal media berada di luar kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta dekat sini pagi Khamis.

Najib dikehendaki hadir untuk kali kedua di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada 10 pagi ini bagi membantu siasatan kes SRC International Sdn Bhd.

Dua polis pengiring dilihat memasuki kediaman Najib kira-kira pukul 8.45 pagi.

Pada Selasa, Najib meninggalkan kediamannya kira-kira pukul 9.30 pagi menuju ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Selepas disoal siasat selama lebih empat jam pada Selasa lalu, Najib dikehendaki hadir buat kali kedua ke ibu pejabat SPRM hari ini bagi membantu siasatan kes SRC International.

SRC International ialah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan Isnin lalu mengumumkan penubuhan Pasukan Petugas Siasatan 1MDB untuk menjalankan siasatan terperinci, pengesanan dan penyitaan aset serta pendakwaan terhadap individu yang melakukan apa-apa kesalahan jenayah dalam pengurusan 1MDB.

Artikel Sebelum

Artikel Lain