Gambar menteri jadi imam di surau kementerian tular

PETALING JAYA: Gambar Menteri Pendidikan yang baharu dilantik Dr Maszlee Malik mengimamkan solat tular di media sosial.

Dalam satu posting gambar di Facebook Khalifah Media Networks, Maszlee dilihat memakai baju hitam dan sedang mengimamkan solat bersama pegawai-pegawainya di bangunan kementerian, Rabu.

"Saja nk share...hari ini kat surau tiba-tiba menteri pendidikan turun mengimamkan solat Zohor.

"Terkejut pegawai-pegawai. Selama ni even KPPM pun tak pernah turun surau tu, ni tiba-tiba YB menteri jadi imam lagi, Alhamdulillah," demikian keterangan yang ditulis pada gambar tersebut.

Difahamkan gambar yang dimuat naik itu dikongsi oleh salah seorang staf Kementerian Pendidikan dan setakat ini telah dikongsi lebih 2,000 kali di Facebook.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Maszlee.

"Pemimpin yang baik perlu tunjuk tauladan yang baik supaya diikuti oleh rakyat. Solat tiang agama, baik solat baiklah agamanya. Kerana solat membentuk peribadi pemimpin," tulis Zaim Alias.

Abdul Wahid Yunus menulis: "Kita berharap menteri-menteri yang beragama Islam akan menjadi contoh kepada rakyat Malaysia bahawa perubahan yang beginilah yang diimpikan rakyat. Semoga istiqamah YB Maszlee."

Dr Maszlee, 44, yang berpengalaman sebagai pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) adalah bekas Presiden Persatuan Kakitangan Akademik UIA dan juga seorang aktivis sosial yang bergerak atas landasan Pertubuhan IKRAM Malaysia.

Pada Isnin, anggota Parlimen Simpang Renggam itu adalah antara 13 ahli Parlimen yang mengangkat  sumpah sebagai menteri kabinet baharu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain