suria

Kerjasama dengan Tun M penting untuk tumbangkan BN

PETALING JAYA: Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, agak memeranjatkan melihat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkongsi pentas politik dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, individu yang bertanggungjawab memasukkan suaminya ke dalam penjara pada 1998.

Namun bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim, penting bagi PKR untuk bekerjasama dengan Dr Mahathir bagi menyingkirkan Barisan Nasional (BN) daripada terus berkuasa, lapor Sydney Morning Herald.

"Satu kerjasama baharu adalah penting untuk membanteras gejala rasuah yang membelenggu Malaysia," kata Anwar kepada akhbar harian Australia itu pada Selasa, sehari sebelum beliau dibebaskan.

Anwar berkata selepas bekerjasama dengan Dr Mahathir bertahun-tahun lamanya, beliau memahami perdana menteri itu amat prihatin mengenai Malaysia dan juga rakyat.

"Ujian kritikal kami sentiasa menyokong agenda pembaharuan.

"Selagi ada komitmen yang ikhlas terhadap prinsip-prinsip ini, kami sentiasa mengalu-alukan penyokong baharu," katanya.

The Sydney Morning Herald berkata Anwar meluahkan keyakinan bahawa beliau dapat bekerjasama dengan Dr Mahathir yang berkempen siang dan malam bagi memastikan kemenangan milik Pakatan Harapan pada 9 Mei lalu.

"Saya sentiasa percaya dengan kebijaksanaan rakyat dan jika terus berjuang, akhirnya kemenangan akan berpihak kepada kita," katanya.

Tuduhan liwat pertama Anwar dibicarakan pada 1998 ketika beliau memegang jawatan sebagai timbalan perdana menteri.

Susulan tuduhan itu, Dr Mahathir memecat Anwar daripada Kabinet dan bermulalah era reformasi sehingga membentuk penubuhan PKR.

Anwar didapat bersalah dan dijatuhi humuman penjara pada 1999 tetapi dibebaskan pada 2004 selepas Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Tun Abdul Hamid Mohamad, yang kemudian menjadi Ketua Hakim Negara, mengubah sabitan dan mengetepikan hukuman penjara ke atas beliau atas tuduhan liwat.

Beliau bagaimanapun dipenjarakan semula lima tahun kerana didapati bersalah melihat Mohd Saiful Bukhari, 30, di kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

Anwar Ibrahim

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain