suria

Datuk bikin filem popular direman kes tipu

KUALA LUMPUR: Pemilik syarikat produksi bergelar  Datuk ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes penipuan pelaburan Global Wave Gold Forex (GWGFX) dan Bitcoin Bitkingdom, melibatkan 23 laporan polis dengan jumlah kerugian sebanyak RM13.9 juta.

Menurut sumber, suspek yang berusia 35 tahun itu telah ditahan oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Urus Setia Ketua Polis Negara (Amla) di Menara 238, Jalan Tun Razak kira-kira  5.30 petang Isnin.

Permohonan reman bagi suspek akan dilakukan 10 pagi Rabu.

Suspek merupakan seorang pemilik sebuah syarikat produksi yang pernah bekerjasama dalam pembikinan sebuah filem terkenal tempatan.

Penahanan suspek itu susulan laporan penipuan pelaburan oleh seorang wanita berusia 47 tahun. Menurut laporan, mangsa telah berkenalan dengan seorang lelaki pada awal September 2014.

Mangsa telah ditawarkan untuk menyertai satu skim pelaburan di mana skim tersebut didakwa mampu memberi keuntungan berlipat ganda kepada mangsanya.

Bagaimanapun, mangsa menyedari dirinya tertipu selepas tidak memperoleh sebarang bayaran keuntungan seperti yang dijanjikan lalu membuat laporan polisdi Balai Polis Kajang pada 2 November tahun lalu. - Bernama

Datuk, Amla

Artikel Lain