suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anwar menghadap Agong 12 tengah hari ini

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin mengesahkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada pukul 12 tengah hari ini.

Menteri Besar Selangor itu berkata, Anwar akan turut diiringi beliau dan Presiden Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar dipenjarakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2015 menolak rayuannya terhadap sabitan bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya serta hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Tinggi.

Anwar, yang dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh, sebelum ini dijadual dibebaskan pada 8 Jun.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada Jumaat lalu berkata Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V sudah menyatakan kesediaan baginda untuk memberi pengampunan segera kepada Anwar. - Sinar Online

Anwar Ibrahim

Artikel Berikut

Artikel Lain