suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Debat Syed Saddiq-Razali Malam Esok

MUAR: Debat antara kedua-dua calon kerusi Parlimen Muar akan berlangsung dekat sini malam Ahad.

Debat membabitkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (PKR) dengan Datuk Seri Razali Ibrahim (BN) itu bakal berlangsung tanpa kehadiran calon PAS, Abdul Aziz Talib.

"Aturan sudah dibuat oleh wakil kedua-dua pihak dan kami bersetuju debat itu akan berlangsung di Hotel Traders kira-kira pukul 8 malam," kata Syed Saddiq.

Bercakap kepada pemberita selepas ceramah di Parit Yusof dekat sini Sabtu, Syed Saddiq berkata kedua-dua pihak bersetuju dengan tema debat "Barisan atau PH ke Putrajaya."

Mengenai penyertaan Abdul Aziz dalam debat itu, Syed Saddiq berkata usaha wakilnya untuk menyerahkan surat jemputan debat kepada pencabarnya itu ditolak dua kali.

debat, Syed Saddiq, Razali Ibrahim, PRu14

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain