suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Emas Terperangkap Dalam Lubang Longkang

MIRI: Pasukan anggota bomba terpaksa memasuki ke saluran longkang yang dalam dan sempit bagi menyelamatkan seorang warga emas yang terperangkap di dalamnya.

Mangsa berusia dalam lingkungan 60an itu terjatuh ke dalam longkang sedalam 10 kaki, di hadapan sebuah stesen minyak di jalan Miri-Pujut, pukul 7 pagi Ahad.

Penutup lubang longkang berkenaan dipercayai dicuri sehingga menyebabkan warga emas itu terjatuh sewaktu bersiar-siar awal pagi.

Pasukan bomba berjaya masuk ke dalam saluran tersebut sebelum mengangkatnya keluar menggunakan pengusung menerusi laluan sambungan longkang berkenaan ke sebuah parit.

Mangsa dibawa ke Hospital Miri bagi mendapatkan rawatan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain