suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hasrat PAS 'Angan-Angan Mat Jenin' - Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad. -fotoTHESTAR

PUTRAJAYA: Pengerusi  Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad mempersenda hasrat PAS untuk bertanding 13O kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan membentuk kerajaan sendiri selepas pilihan raya, sebagai 'angan-angan Mat Jenin'.

Beliau yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu secara sinis berkata hasrat itu memang ‘hebat' kerana dalam sejarah PAS, parti itu selalu memerintah negara ini dan telah membentuk kerajaan mereka sendiri.

"Realitinya, PAS kadang-kala hanya menang satu kerusi Persekutuan, tetapi mereka masih ada cita-cita tinggi mahu bertanding lebih 100 kerusi, jadi biarlah mereka bertanding.

"Sebab alasan utama menyertai PRU ini adalah untuk memecahbelahkan undi pembangkang, dan bantu Barisan Nasional (BN) menang," katanya dalam sidang media di sini Selasa.

Dr Mahathir diminta mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilaporkan berkata PAS berhasrat membentuk kerajaan sendiri atau menyertai pembentukan kerajaan baharu selepas pilihan raya umum akan datang.

Ditanya sama ada PAS perlu meninggalkan kerajaan Selangor, beliau berkata: "Memang. PAS perlu  keluar. Saya tidak nampak mengapa tidak perlu berbuat demikian.

"Memang ia (PAS) amat selesa di sana (dalam Kerajaan Selangor)."

Pada sidang media itu, Mahathir turut menampilkan manifesto Pakatan Harapan, yang antara lain memperkenalkan had dua penggal bagi jawatan perdana menteri, jika pakatan pembangkang itu berkuasa, dan sebuah jawatankuasa khas Parlimen untuk menyaring calon-calon bagi jawatan lebih tinggi dalam kerajaan.

-Bernama
Tun M, Hadi Awang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain