Mufti WP Puji Terengganu Bantu Mak Nyah

Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

SHAH ALAM: Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memuji pendekatan kerajaan Terengganu bagi membantu golongan mak nyah yang mahu mengubah hidup mereka ke arah lebih positif dengan mengikuti pelbagai bidang kemahiran untuk mendapatkan punca pendapatan tetap.

Katanya, usaha tersebut dilihat sebagai satu pendekatan lebih harmoni dan tidak melihat ia satu bentuk mengiyakan atau bersetuju dengan tindakan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

"Diharapkan dengan pendekatan tersebut mereka (mak nyah) akan yakin dan mengikut cara hidup Islam. Usaha kerajaan Terengganu ini adalah salah satu juzuk dari bentuk pendekatan dan mungkin ada pendekatan-pendekatan lain dari sahabat-sahabat saya.," katanya selepas sesi FB Live bersama Sinar Harian, Selasa.

Sebelum ini, Exco Komunikasi dan Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, langkah membantu golongan mak nyah tersebut diharapkan dapat membantu golongan tersebut daripada terjerumus kembali dalam kegiatan tidak bermoral.

Ditanya mengenai pendekatan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan terhadap golongan tersebut, Zulkifli berkata, pihaknya menggunakan pendekatan dakwah dan perbincangan serta cuba mendekatkan diri dengan mereka.

"Sahabat-sabat kita ini akan berkunjung ke pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam masa terdekat dan akan berbincang dengan lebih telus untuk kita zahirkan Islam yang sebenar kepada mereka.

"Pertemuan kita dengan mereka sebelum ini lebih kepada taaruf dan menekankan dua isu utama iaitu solat serta mencari ilmu. Kalau ia difahami dengan lebih baik, dilaksanakan dengan baik ia akan selesaikan lebih bayak perkara," katanya. - Sinar Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain