suria

Boikot PRU 'Fikiran Cetek' - Tun M

Dr Mahathir Mohamad.

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa pengundi supaya tidak memboikot pilihan raya akan datang dengan melabelkan mereka yang memilih untuk tidak mengundi sebagai 'berfikiran cetek'.

"Saya fikir ini adalah cara orang berfikiran cetek melihat perkara ini. Kita memerlukan perubahan di negara ini.

"Jika kita tidak perlukan perubahan, saya tidak akan kisah untuk terlibat kerana saya berumur 92 tahun, akan menjadi 93. Saya tidak mahu menjadi PM," kata pengerusi Pakatan Harapan dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, Selasa.

"Setiap undi dikira, walaupun kita berpendapat bahawa boikot ini hanya akan memberi kesan kepada satu peratus daripada jumlah pengundi.

"Kita tidak suka orang yang mengelak daripada politik, dan mereka yang tidak mengamalkan hak mereka sebagai warganegara," tambah Dr Mahathir.

Beliau berkata, sayap pemuda dari semua empat parti Pakatan Harapan (DAP, PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Parti Amanah Negara) akan melibatkan belia mengenai isu boikot pilihan raya.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini timbul 'posting' di media sosial yang menggesa orang untuk memboikot pilihan raya umum ke-14 dengan banyak menggunakan tanda pagar #undirosak (undi rosak) dan #protespru (protes pilihan raya umum).

Mengenai sama ada beliau bercadang untuk kembali kepada Umno, Dr Mahathir, yang juga pengerusi Pribumi, sekali lagi berkata bahawa beliau tidak akan berbuat demikian.

Dr Mahathir Mohamad, PRU-14

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain