suria

Malaysia Tidak Gentar Ancaman AS!

Para pengunjung menurunkan tanda tangan menunjukkan tanda sokongan kepada Himpunan Putih Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis terdapat di perkarangan Masjid Putra. - Bernama

PUTRAJAYA: Malaysia tidak gentar dengan ugutan Amerika Syarikat untuk mengambil tindakan terhadap negara-negara yang mengundi memihak kepada resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyuruhnya menarik balik keputusan untuk mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun kunjungan beliau disambut baik oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semasa rangka lawatannya ke White House pada September lalu, beliau tidak akan tunduk demi melindungi kesucian Islam.

"Apa pun mendatang, saya tidak akan mengorbankan kesucian Islam.

"Amerika Syarikat mungkin menjadi kuasa besar, tetapi jangan memandang rendah terhadap Malaysia," kata beliau dalam ucapannya di Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis yang diadakan di kompleks Masjid Putra di sini, Jumaat.

"Kita juga mempunyai maruah dan martabat, kita tidak meminta pinjaman daripada AS. Sebenarnya dalam banyak perkara, AS yang mendapatkan bantuan daripada kita, mereka meminta Malaysia untuk membeli pesawat dan sebagainya," kata Najib.

"Apakah maksudnya? Ini bermakna kita sedang berkembang ke tahap di mana kita menjadi model kepada negara-negara lain," katanya.

Beribu-ribu orang termasuk bukan Islam menghadiri perhimpunan yang dianjurkan oleh Barisan Nasional itu.

Wakil daripada pelbagai parti pembangkang termasuk PAS, PKR, Parti Amanah Negara, Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan PKR turut menghadiri majlis itu, bersama pengerusi Pakatan Harapan iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Najib berkata, Malaysia mempunyai maruah dan kekuatannya serta mampu menghadapi sebarang tekanan yang berpunca daripada sokongan negara ini terhadap Palestin.

Artikel Lain