suria

Tun M Ketepikan Perbezaan Politik Demi Palestin

PUTRAJAYA: Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad (Dr Mahathir) hadir pada Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis di Masjid Putra di sini pada Jumaat.

Mantan pemimpin negara itu tiba dengan pengikutnya sekitar pukul 12.30 tengah hari.

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, Dr Mahathir membuat keputusan untuk hadir ke perhimpunan itu kira-kira sejam sebelum ketibaan beliau.

"Kami amat terkejut kerana ia keputusan di saat-saat akhir," katanya kepada The Star.

Tambah Syed Saddiq, kemunculan Dr Mahathir itu adalah untuk menunjukkan sokongan beliau terhadap rakyat Palestin dan sanggup mengenepikan perbezaan pegangan politik.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut tiba di masjid itu pada pukul 12.30 tengah hari.

Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak berselisih dengan Ahmad Zahid.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pula ditetapkan tiba pada pukul 2 petang.

Barisan Nasional menganjurkan perhimpunan itu sebagai solidariti menentang keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain