7 Direman Kes Culik, Rogol, Kurung Remaja Perempuan - Semasa | mStar

7 Direman Kes Culik, Rogol, Kurung Remaja Perempuan

Gambar hiasan.

ALOR SETAR: Seramai tujuh individu ditahan direman bagi membantu siasatan kes culik, rogol dan kurung seorang remaja perempuan dalam kejadian di sebuah rumah di Kuala Sungai Yan dekat Yan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah SAC Mior Farid Al Athrash Wahid berkata perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Sungai Petani pada Jumaat.

Suspek utama kes yang berumur lingkungan 50-an direman tujuh hari manakala enam lagi suspek berumur antara 20-an dan 50-an direman empat hari, kesemuanya berkuat kuasa pada Jumaat, katanya dalam kenyataan, di sini.

Pada Khamis, Mior Farid Al Athrash mengesahkan polis menyelamatkan seorang gadis berusia 17 tahun yang dikurung dan dirogol di sebuah stor di sebuah rumah dekat Yan pada 6 pagi Khamis.

Susulan itu, polis menahan enam lelaki termasuk suspek utama yang mempunyai 33 rekod jenayah lampau serta dikehendaki untuk kes samun, kurungan salah serta memiliki senjata berbahaya selain melakukan ugutan jenayah.

rogol

Artikel Sebelum

Dipenjara Sebab Curi Nutella!

Artikel Berikut

Malaysia Tidak Gentar Ancaman AS!

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel