suria

Penganut Kristian Turut Hadir Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis

Najib dijangka membuat pengumuman resolusi berhubung isu Baitulmaqdis pada Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis. - Bernama

PUTRAJAYA: Sebuah kumpulan agama Kristian turut menyertai Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis di Masjid Putra untuk menunjukkan sokongan mereka ke atas rakyat Palestin.

Mereka menyertai perhimpunan itu selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump membuat pengumuman bagi mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

"Kami di sini kerana kami berasa keputusan Trump itu hanyalah disebabkan politik semata=mata.

"Bagi kami penganut Kristian, Baitulmaqdis ialah sebauh bandar yang aman, namun selepas pengumuman itu dibuat, kami rasa tiada lagi keamaanan.

"Saya rasa ia tidak betul dan tidak adil. Kami percaya kita semua perlu teruskan mencari penyelesaian yang aman buat Palestin dan Israel berbanding satu negara tunggal yang membuat pengiktirafan dengan begitu sahaja," kata presiden Persatuan Generasi Seterusnya Kristian Malaysia (Ancom), Joshua HOng di Masjid Putra pada Jumaat.

Menurut Hong, kira-kira 50 anggota Ancom hadir untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap rakyat Palestin.

Perhimpunan itu dianjurkan oleh Barisan Nasional sebagai solidariti menentang keputusan Trump untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dijangkakan akan membuat pengumuman tentang resolusi berkaitan isu Baitulmaqdis pada Jumaat.

Pada Khamis di New York, Malaysia menyertai 127 negara lain untuk mengundi memihak kepada resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menyeru agar Amerika Syarikat menggugurkan pengiktirafannya ke atas Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Sokongan itu tetap diteruskan biarpun Trump mengancam untuk memotong bantuan kewangan kepada negara-negara yang mengundi memihak kepada resolusi itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain