suria

Pelarian Palestin Terkandas Di KLIA2 Dibenar Masuk

PETALING JAYA: Dua pelarian warga Palestin yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) selama lebih 50 hari telah diberi pas khas selama 14 hari untuk memasuki Malaysia.

Harian Metro melaporkan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali sebagai berkata, pas khas untuk kedua-dua pelarian itu telah diproses dan mereka dibenarkan memasuki negara ini.

Mustafar berkata, pas khas itu membolehkan mereka memproses visa untuk ke Jerman, sambil menambah bahawa beliau tidak tahu mengenai keberadaan mereka di lapangan terbang.

Katanya, beliau meminta pegawainya untuk mengambil tindakan segera dari segi dasar kemanusiaan.

Menurut akhbar berbahasa Melayu itu, dua adik-beradik berkenaan tinggal di Malaysia bersama ibu mereka sebagai pelarian UNHCR sejak Julai 2013.

Ia mengatakan bahawa mereka cuba untuk berhijrah ke Kemboja tetapi pihak berkuasa imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh mengusir mereka atas dasar tidak membawa wang yang mencukupi.

Sekembalinya ke KLIA2, mereka terkejut tidak dibenarkan keluar dari terminal kerana pasport mereka telah disenaraihitamkan.

Menurut akhbar berbahasa Melayu itu, adik-beradik tersebut terpaksa tidur di ruang kosong di bawah tangga dan mandi setiap dua minggu di tandas awam.

KLIA2, terkandas, pelarian

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Harga Minyak Turun!

Artikel Lain