suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PAU: Exco Puteri Selar Fathia

Dira (kiri) dan Fathia.

KUALA LUMPUR: Exco Puteri Umno, Khaidhirah Abu Zahar dari Tangga Batu, Melaka menyelar pelakon, Fathia Latiff semasa Perhimpunan Agung Umno pada Rabu.

"Jika dia benar-benar mahu bercakap tentang perjuangan rakyat, turun padanglah seperti Puteri Umno. Tak perlu kalau dia hanya mahu menaip perkataan menggunakan telefon pintarnya," kata Khaidhirah atau lebih dikenali sebagai Dira yang juga seorang selebriti.

Beliau menasihatkan Fathia supaya 'duduk diam' dan menumpukan pada kerjaya lakonannya.

"Tidak perlu mencampuri urusan kerajaan," kata Dira dalam ucapannya.

Dalam satu 'posting' sebagai penghormatan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, di Instagramnya baru-baru ini, Fathia berkata, sumbangan bekas perdana menteri itu kepada negara seolah semakin dilupakan.

Dr Mahathir kemudiannya membalas dengan berterima kasih dan memuji Fathia kerana menyuarakan pandangannya.

"Saya kagum dengan keberanian @fatiyalatiff," kata Dr Mahathir itu di Twitter, yang merujuk kepada pelakon berkenaan.

Fathia pernah menemuramah Dr Mahathir menerusi program yang disiarkan secara penstriman langsung, Apa Kata Tokoh pada 16 Jun lalu.

Fathia Latiff, Umno, Dira Abu Zahar

Artikel Sebelum

Harga Minyak Turun!

Artikel Berikut

Artikel Lain