suria

Reman Anak Saudara Azmin Disambung

PUTRAJAYA: Reman anak saudara Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilanjutkan sehingga Jumaat ini.

Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh membuat ketetapan terhadap suspek berumur 34 tahun itu selepas mendengar permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan berhubung penglibatan dalam kegiatan lombong pasir haram di Selangor.

Pengarah syarikat berumur 67 tahun yang ditahan bersama anak saudara Azmin dan dua yang lain pada 30 November lalu, juga dilanjutkan reman sehingga Jumaat.

Reman kesemua mereka sepatutnya berakhir pada Rabu.

Mahkamah pada masa sama membenarkan dua individu lain yang disiasat berhubung kes sama iaitu masing-masing seorang pengarah syarikat dan pengurus projek dibebaskan dengan jaminan tunai RM10,000 dan RM15,000.

Anak saudara Azmin diwakili peguam, Gobind Singh Deo.

SPRM sedang menyiasat dakwaan bahawa mereka telah mendapat keuntungan besar daripada aktiviti perlombongan pasir haram di Selangor sejak 2014.

Beberapa lori dan akaun bank berjumlah RM4 juta, telah dirampas dalam siasatan itu.

SPRM, Azmin Ali

Artikel Sebelum

PAU: Exco Puteri Selar Fathia

Artikel Berikut

Artikel Lain