suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Khalid Ibrahim Hadiri Konvensyen Umno Selangor?

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dilihat menghadiri Konvensyen Umno Selangor di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Sabtu.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu dilihat mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, merangkap Naib Presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas timbalan presiden parti.

Turut kelihatan adalah bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, yang menyertai Umno semula baru-baru ini selepas meninggalkan PAS.

Ahmad Zahid dijemput untuk merasmikan konvensyen itu, yang tertutup kepada media.

Khalid dipecat daripada PKR kerana menolak untuk mengosongkan jawatan menteri besar Selangor pada 2014.

Timbul cakap-cakap mengenai Khalid berhasrat untuk menyertai PAS, dan beliau sebelum ini menghadiri Muktamar parti itu.

Khalid Ibrahim, Umno

Artikel Sebelum

Artikel Lain