suria

Jururawat Dikecam Bocor Surat Sulit

PETALING JAYA: Tindakan kakitangan sebuah hospital memuat naik surat yang ditulis seorang bapa bagi melarang bayinya diberi suntikan vaksin tular di media sosial, Facebook menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Surat tulisan tangan itu menegaskan bahawa beliau tidak perlu memberikan alasan untuk tidak membenarkan anaknya disuntik kerana menganggap perbuatan itu boleh mengubah ciptaan Tuhan.

"Tiada sebarang alasan melainkan bayi ini pada zahirnya anak kami akan tetapi pada hakikatnya hamba Allah, ciptaan Allah dan milik Allah.

"Kami amat takut sekiranya Allah mengambil tindakan kepada kami dunia akhirat kerana menganggap ciptaannya tidak sempurna sehingga perlu kepada bahan-bahan tambahan ciptaan makhluknya yang zalim lagi jahil," tulis surat tersebut.

Status yang dimuat naik Anwari pada Sabtu tular di Facebook.

Jururawat lelaki tersebut melalui status yang dimuat naik pada Sabtu itu mendakwa perbuatan tersebut adalah sikap keibubapaan yang buruk dan sebagai 'menunggang agama'.

Menunggang agama adalah istilah yang digunakan ke atas mereka yang menggunakan agama atas tujuan peribadi.

Pemilik akaun Facebook bernama Anwari Hamzah itu turut mempersoalkan perbuatan ibu bapa bayi tersebut yang datang ke hospital untuk dirawat dan mencerca kakitangan hospital sebagai zalim dan jahil.

Walaupun ramai dalam kalangan netizen bersetuju dengan jururawat tersebut, namun tetap ada yang meragui integritinya sebagai kakitangan hospital yang memuat naik surat pesakit ke laman sosial.

Seorang  pengguna Facebook, Khairunnisaa Khazali berkata: "Walaupun nama ditutup, tetap berkait dengan integriti daripada pihak tuan (Anwari).

"Surat ini pada asalnya hanya ditujukan kepada pihak hospotal memaklumkan supaya si anak tidak disuntik... dan untuk apa di kongsi kepada orang awam?," tulisnya di ruang komen.

Surat yang didakwa ditulis oleh seorang bapa bayi yang melarang anaknya diberikan suntikan oleh pihak hospital.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, Siti Zainon Jamin pula berkata, perbuatan seperti itu dilakukan oleh individu yang tidak memahami maksud integriti.

"Sebab itu boleh ada perawat yang seronok ambil gambar dalam bilik bersalin dengan alat sulit pesakit, atas alasan tidak tahu siapa, tidak nampak nama, tidak nampak muka (jadi) tidak apa," ujarnya.

Manakala Anuar Mohd Hanit pula berkata, dia yakin bahawa sakit dan penyembuh itu datangnya daripada Allah.

"Ubat atau vaksin bukan penyembuh. Betulkan keyakinan hati pada Allah, bimbang terpesong akidah. Pemilik surat hanya berusaha untuk berikan yang terbaik pada anugerah Allah," kata Anuar.

suntikan bayi

Artikel Sebelum

Pungut “Nak Balik”

Artikel Berikut

Artikel Lain