suria

Pungut “Nak Balik”

Jururawat kanan Liew Seenah, 30, memberi perhatian kepada Pungut di Pusat Jagaan Warga Tua Green Acres yang dihuninya sejak 16 tahun lalu.

SINGAPURA: Perlakuannya sama seperti penghuni Pusat Penjagaan Warga Tua Green Acres di Johor Bharu, kecuali ketika sambutan perayaan seperti Aidilfitri.

Apabila dia melihat rakan lain menerima lawatan ahli keluarga, wajah wanita berusia 69 tahun ini berubah murung dan semakin mendiamkan dirinya.

Punca wanita ini bersikap sedemikian, tidak lain kerana tiada sesiapa yang pernah menziarahi Pungut sejak dimasukkan ke pusat jagaan itu.

Anak lelakinya membawanya ke situ pada 2001 ketika berusia 53 tahun, demikian kata kakitangan Green Acres yang terletak kira-kira 20 minit dari Causeway Link.

Menurut mereka, Pungut yang juga rakyat Malaysia yang menetap dengan keluarga di Singapura dan sebelum itu dirawat di Hospital Tan Tock Seng kerana diserang angin ahmar.

Sebaik selesai menjalani rawatan di hospital itu, Pungut telah dibawa ke pusat penjagaan berkenaan.

Pemilik pusat jagaan itu, Yeo Kok Leong menghubungi The Straits Times baru-baru ini untuk mendapatka kerjasama orang ramai bagi mengesan keluarga Pungut.

Beliau cuba menghubungi anak lelaki Pungut yang namanya yang dicatat ketika mendaftarkan ibunya 16 tahun lalu adalah Syahrunizal Mohamad Ali.

Kok Leong berkata, kesihatan Pungut yang semakin uzur adalah faktor dia cuba mengesan keluarga wanita berkenaan yang dipercayai berada di Singapura.

"Pungut sering merungut mahu balik rumah, jadi kami mahu membantu memenuhi hasratnya," katanya.

Malahan kata Kok Leong, bayaran wanita itu tinggal di pusat jagaan itu juga telah beberapa tahun tidak dijelaskan.

Yuran bulanan untuk penghuni di situ bermula RM1,700 sebulan, mengikut jenis jagaan yang diterima.

"Bukan kerana duit, kami hanya berharap anaknya dapat datang menziarah ibunya," katanya yang cuba mencari ahli keluarga Pungut yang menetap di kampunya di Segamat, tetapi masih gagal.



Pungut, Singapura

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain