suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemandu Teksi Mengaku Tidak Bersalah Rompak Penumpang

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan merompak seorang penumpang lelaki etnik Rohingnya, minggu lepas.

N. Vimaresan, 46, didakwa merompak wang tunai RM2,000 milik Mohammad Shofiq Mohammad Shakir yang merupakan pemegang kad Pemegang Kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR),  di Terminal Bersepadu Selatan, di Cheras, pada 2 petang, 24 Okt lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Timbalan Perdakwa Raya N.Joy Jothi tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan minimum dengan alasan dia menjaga dua orang anak masing-masing berusia lima bulan dan lima tahun, selain ibunya yang uzur.

Hakim Mahyon Talib tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 15 Nov untuk sebutan semula kes.

Tertuduh kemudiannya dihantar ke Penjara Sungai Buloh. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pungut “Nak Balik”

Artikel Lain