suria

Pakar Tangkap Jin Pertama Di Dunia

JOHOR BAHRU: Jika adanya kemunculan hantu di kawasan kejiranan anda, ianya kini bukan lagi satu masalah kerana anda boleh menghubungi pakar tangkap jin, Sa'ad Jaafar.

Lelaki berusia 44 tahun itu mendakwa  boleh menghentikan gangguan hantu tanpa perlu berada di tempat kejadian.

Menurut Sa'ad, khidmatnya tidak memerlukan dia berada di lokasi gangguan hantu sebaliknya dia hanya melakukan perkara itu dari pusat rawatannya sahaja.

"Saya tak perlu ada secara fizikal di sesuatu tempat untuk menangkap hantu. Sebelum ini, yang paling jauh ialah saya tangkap jin di Sabah," ujarnya.

Katanya lagi, pusat rawatan iLahana miliknya merupakan yang pertama di dunia menawarkan perkidmatan menangkap jin dan hantu dari jarak jauh.

Dibantu oleh Mohd Azim Adam, 46, Sa'ad memulakan perkhidmatan itu pada 2015 dan mendakwa sudah membersihkan hampir 300 kawasan di seluruh negara dari gangguan jin.

Menurut Sa'ad, dia dan pembantunya menyimpan jin yang ditangkap di sebuah lokasi rahsia berhampiran sebuah mansjid.

"Kita simpan hantu dan jin berhampiran masjid untuk menggalakkan mereka bertaubat," ujarnya.

Untuk sesi selama dua jam, Sa'ad mengenakan upah sebanyak RM200. Namun, pelanggan boleh membayar mengikut kemahuan mereka.

Katanya, cara biasa bagi melawan jin adalah dengan menggunakan garam dan lada hitam.

Namun, penggunaan bahan itu tidak berupaya untuk menangkap sebaliknya hanya boleh menghalau sahaja.Ujarnya lagi, kawasan hutan, air terjun, tasik dan sungai merupakan lokasi kesukaan makhluk itu.

pakar Tangkap Jin

Artikel Sebelum

Rahsia Kacang Pool Makpol

Artikel Berikut

Artikel Lain